Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 13 Julai 2012

AKTA TANAH "GSA" ~ SEJAUHMANA WARGA FELDA FAHAM??



Assalamualaikum W.B.T
Selama ini kita hanya tahu menyebut akta tanah GSA
 (Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok)  tapi tak tahu kandungannya. Apabila ditanya kepada peneroka generasi pertama tentang apa-apa perjanjian yang telah ditandatangani mereka, mereka mengatakan mereka pernah menandatanganinya semasa hendak masuk FELDA dahulu. Tetapi tidak seorangpun yang memegang sesalinan perjanjian tersebut. Jadi, rujuk dan fahamilah tentang Akta Tanah GSA ini sebagai panduan.

LATAR BELAKANG
Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta 13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966).
Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri. Akta ini telah dipinda beberapa kali. Diantara pindaan yang terlibat ialah :-
  1. Akta 51/65 yang berkuatkuasa pada 15.9.1965, melibatkan pihak FELDA.
  2. Akta 521. – 29.5.1981
  3. Akta 541. – 14.5.1982
  4. Akta 853. – 16.7.1993

Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.

MATLAMAT UTAMA AKTA TANAH
  1. Mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang.
  2. Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk- penduduk kampong tradisional.
  3. Mengatasi masalah kelaparan tanah dan agihan tanah yang tidak merata.
  4. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan eksport.
  5. Menggalakan perindustrian berasaskan pertanian.

KANDUNGAN AKTA
Terdapat 48 Seksyen dan 2 jadual. Pembahagian seksyen secara am adalah seperti berikut :-
Bahagian 1. – Permulaan.
Bahagian 2. – Penempatan Berkelompok.
Bahagian 3. – Pegangan Desa.
Bahagian 4. – Pendudukan, Pegangan Desa dengan Harapan Hakmilik.
Bahagian 5. – Pegangan Bandar.
Bahagian 6. – Am.
Bahagian 7. – Kawasan Pembangunan Persekutuan.
Bahagian 8. – Penyerahan Hak oleh penduduk mengharapkan hakmilik.
Bahagian 9. – Penamatan.

Di dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian dengan kawasan pembangunan Persekutuan.

BEBERAPA ISTILAH JAWATAN PENTING
Pemungut – sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah.
Pengarah – pegawai yang dilantik oleh PBN sebagai Pengarah bagi maksud akta ini. Biasanya PTG bagi setiap negeri.
Pengurus – dilantik oleh Pihak Pembangunan Persekutuan mengikut Sek.36 bagi sesuatu kawasan pembangunan.
Pengerusi – FELDA dan FELCRA
Menteri – KTPK

BEBERAPA KONSEP PENTING
Bayaran tahunan disatukan. Bayaran tahunan yang dikenakan di bawah seksyen 20 meliputi pegangan desa dan pegangan bandar. Unsur-unsur bayaran ini ialah :-
  1. premium
  2.  cukai tanah
  3.  bayaran ukur
  4.  bayaran perkhidmatan, harga alat dan perkakas

Untuk tanah pegangan desa – bayaran secara ansuran dan bagi tanah pegangan bandar pula cara bayaran ialah sekaligus. Jika ingkar pembayaran, boleh dianggap sebagai melanggar syarat.

Kawasan Pembangunan Persekutuan –
Bermakna suatu kawasan penempatan yang diistiharkan melalui warta di bawah seksyen 4 bagi kegunaan-kegunaan di bawah sek.34(2).
Kawasan Pembangunan Negeri –
Bermakna kawasan yang diwartakan di bawah sek. 4 untuk dimajukan oleh pihak negeri.
Kawasan Penempatan -
i.                    Bandar. Sek.6
ii.                  ii. Desa. Sek.5

AKTA TANAH (GSA) SKIM PERSEKUTUAN :
Mesti ada satu perjanjian diantara PBN dan agensi pembangunan Persekutuan seperti Felda dan Felcra.
Isi kandungan perjanjian terkandung di dalam sek. 34 (1) a-g.
Apabila PBN mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletak hak kepada agensi berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).

KUASA-KUASA FELDA
1.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
2.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
3.     Kebenaran menduduki pegangan desa. (Pengurus).
4.     Penentuan kawasan dan jumlah petak yang bersangkutan dengan pegangan desa. (Menteri).
5.     Senggaraan Daftar Pegangan Pegangan Desa. (Pengurus).
6.     Penguatkuasaan syarat.
7.     Pengutipan bayaran bayaran tahunan disatukan.
8.     Penetapan bayaran tahunan disatukan.
9.     Pelepasan kelayakan. (Menteri). Sek.19. Para 1 (1) jk.
10.   Kelulusan serah hak :
o   Pegangan Desa. (Pengurus). Sek.24.
o   Pegangan Bandar. (Pengerusi). Sek.29. Para 2 & 4(1) jk.
11.  Pemberian hak - pendudukan sementara. Sek.37 (b)
12.  Penguatkuasaan - pendudukan haram. Sek.30. Para 4(1) jk.
13.  Mendengar rayuan - Menteri. Sek.39
Bila bayaran tahunan disatukan telah selesai dibayar mengikut perjanjian, (Sek.34 (2)(d)), kawasan pembangunan tersebut akan terletak hak kembali kepada PBN. Kuasa-kuasa Felda seperti yang dinyatakan di atas ditamatkan, (Sek. 34 (3).

PEMBERIMILIKAN
Di dalam kawasan Felda, kuasa meluluskan pemberimilikan masih lagi di pihak PBN. [ Sek. 10 dan Sek. 38 (2) (k) ].
Pengurus boleh membenarkan pendudukan ke atas pegangan desa selepas kelulusan pemberimilikan. [ Sek.10 (1)(b) dan Sek.38 (2) ( ) ].
Felda tidak meluluskan pemberimilikan. Syarat-syarat pemberimilikan dikenakan semasa kelulusan, bukan pada masa tempoh pembayaran bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Desa Dengan Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan dibuat sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat pemberimilikan ialah :-

a)    kawasan.
b)    tempoh milik.
c)    kadar cukai.
d)    kadar premium.
e)    bayar btd.
f)     syarat nyata.
g)    sekatan kepentingan.

Pegangan Desa Tanpa Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat sama kecuali bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Bandar
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat-syarat adalah sama kecuali bahagian syarat nyata.

Kelulusan Selepas KTN :
       I.            Pegangan Desa.
a.     Syarat sama.
b.     Kenakan kategori
     II.            Pegangan Bandar.
a.     Kenakan kategori
b.     Syarat sama.

ISU & MASALAH :
  1. 1.     Pengwartaan.
  2. 2.     Senarai Daftar Pegangan.
  3. 3.     Perletakan hak.
  4. 4.     Syarat nyata.
  5. 5.     Cukai.
  6. 6.     Harta Pusaka.



Share:

Khamis, 12 Julai 2012

ANTARA HARAPAN YANG BELUM PASTI

Assalamualaikum W.B.T.
Sudah lama kiranya aku x menjengah blog ni..
Tiada apa yang inginku ceritakan melainkan tajuk yang kini kian berputaran di benak hati menitikkan bibit-bit keresahan dan kerungsingan dalam diri hingga aku jadi puitis begini..hahhaha..

Impianku yang selalu aku impikan, menjadi idaman dihati tapi sukarnya mengharungi, terasa peritnya ku lalui.
Dulu aku sangat mengimpikan untuk punya kawan yang ramai, paling aku risau bila aku salah faham dengan sahabat2 ku. Pernah 1 ketika aku salah faham dgn sahabatku sampai berbulan lamanya. Alhamdullilah, Allah telah mendekatkanku kembali dgn sahabatku. Itulah antara impianku yang ku capai.

Aku ingin menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan persahabatan, kejayaan dan kepuasan, kemudian aku ingin seorang insan yang boleh menjadi teman yang betul2 teman untuk hidup aku. Itu impian aku.
Impian itu adalah harapan diri ini. harapan itu bukan sekadar mengharap tanpa usaha. Adakalanya aku terasa usaha itu meletihkan dan sia2 sahaja. Tapi Allah telah beri peringatan kepada hambanya. Orang2 yg berusaha dan mengsyukuri nikmatnya akan melalui hidup dengan baik. Walaupun keputusan peperiksaan aku x sehebat rakan2 yang lain, aku bersyukur dengan kurniaannya. Aku x pernah rasa menyesal kerana itu yang aku usahakan dan itu jua lah yang akan aku dapat. 

Special thanks to all my frenz. Tq kerana membantu aku dan menjadi sebahagiaan impian dan harapan hidup ini.

Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts