Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Sabtu, 15 September 2012

FOKKER 50 MAS TERHEMPAS DI SABAH SUATU KISAH


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Hari ini genaplah 17 Tahun kejadian yang menyayat hati dimana berlaku suatu tragedi sebuah pesawat FOKKER 50 milik Syarikat Penerbangan MAS yang berlaku di Lapangan Terbang Tawau...

15 SEPTEMBER 1995......
Suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.
Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.
Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.
Beberapa penduduk yang khuatir ketupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.
Dalam usaha itulah, sebaik keluar dari rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada pukul 1.06 minit petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.
Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.
Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.
Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.
Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.
Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.
Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampau jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melampung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.
Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.
Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.

FAKTA: Urutan Peristiwa
- Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi
- Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.
- Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.
- Letupan diikuti kebakaran.


Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

Sehingga 17 September 1995, pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?


Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

“Seramai 34 korban Fokker terhempas”. Begitulah tajuk Berita harian yang melaporkan tragedi berkenaan. Selain rentetan kejadian, pengakuan mangsa terselamat serta saksi kejadian, turut dipaparkan dalam akhbar adalah nama mangsa termasuk mereka yang terkorban.


Pagi itu juga, seorang lelaki kelihatan mundar-mandir di kawasan hospital di daerah itu. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan pegawai bertugas dan mula memberitahu – dia adalah antara mangsa nahas Fokker 50 yang terselamat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyelesaikan misteri dan kebingungan pihak berkuasa berhubung kehilangan misteri seorang daripada mangsa pesawat berkenaan. Dengan tampilnya lelaki itu, Haruni Ladai, ia mengesahkan hanya 34 penumpang saja terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan misteri kehilangannya, Haruni dilaporkan berkata, sebaik berjaya keluar daripada pesawat yang terbabas, dia terus menahan teksi dan segera pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.


Beliau terus balik kerana begitu terkejut dan ingin segera bersama keluarganya selepas menganggap dirinya baru saja terlepas dari maut.

Dia mula menyedari yang pihak berkuasa tercari-cari kehilangannya selepas mendapati namanya disenaraikan sebagai penumpang yang terkorban. Dia kemudian tampil bagi menyatakan dirinya terselamat dalam tragedi itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Fokker 50 di perkampungan setinggan itu dihentikan tengah hari, sehari selepas hari kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan 24 jam selepas mendapati tiada mangsa terbaru ditemui di tempat kejadian.

Seterusnya perhatian ditumpukan kepada usaha mengenalpasti identiti semua mangsa yang hangus terkorban.


Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian, tiba pada tengah hari, hari kedua kejadian untuk membantu polis mengenal pasti mayat menerusi rekod pergigian dan pelbagai tanda lain.

Bedah siasat kemudian mendapati hampir semua mangsa yang dikenalpasti terbunuh akibat terhidu asap tebal, gas combustion dan melecur serius. Semua yang terbunuh adalah penumpang, juruterbang dan anak kapal.

Pagi 17 September, empat pakar daripada Fokker Aircraft Company, Belanda tiba untuk membantu siasatan nahas pesawat Fokker 50 itu manakala kotak hitam pesawat itu dihantar ke London untuk dianalisis.


Majlis Perbandaran Tawau kemudian mengesahkan 53 rumah musnah dalam nahas itu membabitkan 62 keluarga.

Akhirnya, pada 20 Mei 1998, iaitu selepas hampir tiga tahun, hasil siasatan mengenai punca tragedi kemalangan itu diumumkan kepada orang ramai.

Siasatan mendapati nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia manakala pesawat Fokker 50 dalam keadaan baik dan bukan antara penyebab nahas.

Sebaliknya, kesilapan juruterbang dan kegagalan pembantunya memberi amaran selepas menyedari penerbangan mereka tidak mengikut prosedur, dikenal pasti sebagai punca utama nahas Fokker 50 MAS. 


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.....
Share:

Jumaat, 14 September 2012

ADA BERANI NAK MAKAN MACAM NI????

Assalamualaikum W.B.T

Korang mesti pernah lihat kan makanan2 yg pelik2 dijual & dinikmati oleh ramai orang yang pelik2..hahaha
Tapi rasenye dalam banyak makanan yang pelik2 tu. Makanan yang dekat bawah ni lagi la pelik!!!!!!!!!
Anda2 ada berani x nak makan macam ni???  Yang x boleh diterima sekali adalah kaki bayi tu.. alahai kesian betul.... dah sampai x da benda lain lagi nak makan... 







Makanan macam nih dah terlebih eksotik nih..... adehhhhhhhhhhhhhh...





Share:

Jumaat, 7 September 2012

OVER THE SEA DAH MELAMBAI-LAMBAI!!!!!


Assalamualaikum W.B.T.....

Pejam celik pejam celik, esok dah kene terbang ke over the sea. Semester break dah nak sampai penghujung. Rasa macam malas je nak balik ke kampus yg terchenta tu. Rasa macam kalau masa boleh dirotate balik......adehhhhhhhhhhhh

Bukan senang rasenya nak tinggal family, rasa dah suka sangat tinggal kat kampung 3 bulan lebih ni. Macam ade glue yang gam kaki kat sini. Esok bila dah sampai airport, terus masuk kat balai berlepas, duduk kat kerusi yang ada. Nak baca newspaper pun takde mood. Kepala nie asyik duk ingat kat kampong yang ditinggalkan kat belakang. Dah takleh makan pajeri nenas, dah takleh try tomyam paling sedap, dah takde kokokan ayam tiap pagi. Semua tu nak kena tunggu cuti next semester untuk rasai balik. Lambatnya nak tunggu cuti balik.


Lepas dah sampai kat Sarawak nanti, sedih dah beransur hilang sebab rasa macam pulang semula to my home. Janji dengan kawan kata nak datang ambil takpun ambik saja taxi. Bila tengok kawan yang sampai datang ambik tak pun masa berjumpa diorang kat kampus, nampak diorang senyum, rasa teruja berjumpa balik lepas lama berpisah, senyuman mula terukir di wajah. I was came back to my family. Yes, my family after my family back at home at kampong. Harap gembira itu datang kembali.

Nilah Tasik UNIMASku yang Gemilang!!!!!!!!!!!!
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun x dihiraukannya"

Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts