Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Ahad, 2 Februari 2014

APA CERITA PERLAWANAN JDT DAN T-TEAM KECOH

Apa Cerita Perlawanan JDT Dan T-Team Kecoh
APA CERITA PERLAWANAN JDT DAN T-TEAM KECOH

Apa Cerita Perlawanan JDT Dan T-Team Kecoh. Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, malam Sabtu.


Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baharu diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan. JDT sedang mendahului T-Team dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh masa menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa masing-masing pada minit ke-15 dan 20′.

Skuad ‘The Titans’ merapatkan defisit jaringan hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter menerusi kapten pasukan, Marzuki Yusoff pada minit ke-26. Zainal yang ditemui pemberita selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan tersebut atau perlawanan ulangan diadakan.
Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, maka ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama. Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan serta pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog