Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 5 Februari 2014

Borang Daftar Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

Borang daftar Program Bantuan Baucar Kerja RM35 sehari secara online. Program ini ditubuhkan bagi membantu golongan miskin yang menetap di bandar bagi menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai program bantuan baucar kerja dan langkah untuk mengemukakan permohonan.



Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
  • Individu berpendapatan bawah RM 3,000
  • Menetap dikawasan bandar
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  • Golongan tidak bekerja
  • Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat

3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusihttps://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja
  • Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
  • Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014

Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog