Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 7 Februari 2014

Raja Nong Chik Tiada Maaf Untuk Izzah "Saman tetap Saman"



Kali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah. 

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu.

Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Raja Nong Chik ketika ditemui media berkata beliau akan membuktikan tuntutannya terhadap Nurul Izzah apabila kes itu dibicarakan. Ini kerana kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya dan keluarganya, kata beliau.

Nurul Izzah pula berkata beliau bersedia untuk mempertahan kenyataan yang dikeluarkannya berdasarkan isu kepentingan awam.

Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog